~Rumpun Tamadun Melayu~

28 June 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman

Al-Kisah,pada hari ahad yang lalu (25 Jun 2006)aku,Rahmad dan Muhaimin telah mengadakan expidisi ke Fés.Tujuan utama kami ke Fés adalah untuk ziarah jamiah(universiti) di sana,dan juga untuk bertanyakan tentang cara² untuk berpindah dari universiti kami ke universiti di Fés.

Kami bertolak dari Tetouan dengan menaiki bas CTM pada pukul 11.30 pagi.Perjalanan ke Fés mengambil masa lebih kurang 6 jam.Dalam perjalanan menuju Fés saya dapat saksikan pemandangan yg indah,antaranynya di Chechaounene,sebuah bandar kecil di pergunungan.Dalam perjalanan juga saya tertarik dengan sebuah tasik yg airnya membiru,sungguh mendamaikan.

Setibanya kami di Fés,kedatangan kami disambut ceria oleh Abang Tono,pelajar Indonesia tahun akhir di Fés.Kami telah dibawa ke asrama tempat dia menginap untuk bertemu dengan Ustaz Madani pelajar phd dari Thailand.Setiba di asrama ketibaan kami disambut oleh Ustaz Madani dan pelajar² arab di bilik ustaz madani.









Setelah selesai solat zohor dan asar secara jama' kami dibawa oleh ustaz madani berjalan ke bandar baru Fés.Suasana agak sebok kerana orang ramai berpusu² keluar untuk menyaksikan pelawanan bola sepak piala duniaSuasana bandar Fés mengamit perasaan saya.Fés sememangnya sebuah bandar yg cantik.

Setelah penat berjalan² di bandar baru Fés kami pulang ke asrama,kami diminta oleh ustaz madani untuk menginapdi asrama pada malam itu.Pada malam itu kami telah dijamu dengan tojin ayam yg dimasak oleh seorang pelajar asrama.suasana begitu ceria sekali dengan gelak tawa sesama kami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home