~Rumpun Tamadun Melayu~

06 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 7)


Puas berjalan di madinah qodimah rupanya kami sudah hampir ke penghujung madinah.Kat sini ade satu kawasan lapang yg agak besar.Ade ramai org menjaja pelbagai jenis barangan,makanan,cenderamata dan lain².Selain tu ramai gak org yg dok melepak kat kawasan tempat duduk bertangga(cam studium gitu) sambil memerhati kepada skrin besar yg menayangkan perlawanan bolak sepak Piala Dunia(Portugal vs Belanda),tp skrin masih samar² kerana cahaya matahari masih memancarkan sisa² khidmatnya untuk hari tu.

Kalo diperhatikan kawasan lapang ni adalah penghujung madinah qodimah,yg mana tembok² kota menjadi batas antara madinah qodimah dengan madinah jadidah.Tembok² ni dah berusia ratusan tahun tp masih kukuh dan masih di jaga dengan baik.



Kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri tepi tembok.Apabila hampir waktu maghrib kami masuk semula ke dalam madinah qodimah,ustaz Madani mengajak kami merasa Harirah Fes,kami pon masuk kedalam salah sebuah kedai makan di situ,lalu ustaz Madani memesan harirah sebanyak 4 mangkuk.

Dalam keasyikan menghirup harirah,kami mendengar laungan azan.Kama segera menghabiskan harirah.Pastu kuar dr kedai tu terus cari masjid.Kami pon pergi ke masjid yg berhampiran dengan kedai tu.Dalam perjalanan ke masjid aku melihat org ramai masih sebok berjual beli tanpa mengendahkan waktu solat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home