Pengajian Maqosid Isro' wal Mi'raj
Pengajian Maqosid Isro’ wal Mi’raj
-Perkataan Isro’ thabit dalam Al-Quran manakala kalimah mikraj hanya ada dalam hadis nabawi.
1. Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya* agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isro' ;1)
*Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.
-Di jelaskan bahawa peristiwa bersejarah ini berlaku pada satu malam,wajib beriman dengannya,perihal tarikhnya di perselisihkan oleh para ulamak,penentuan tarikh tak penting, tarikh tidak memberi kesan kepada isro’.
-Selepas berlakunya peristiwa ini nabi termenung,melihat akan keadaan nabi ini maka bertanyalah Abu Jahal kepada nabi tentang apa yg dimenungkan,maka nabi menceritakan kepada kaumnya ttg apa yg berlaku keatasnya,lalu kaumya mendustakanya.
-Peristiwa ini berlaku selepas nabi mengalami tekanan yang hebat.Iaitu ketika tahun dukacita,pada tahun ini istri baginda wafat,Khadijah adalah seorng yg banyak mendokong nabi,dan pada tahun itu juga bapa saudara baginda iaitu Abu Talib meninggal dunia.
-Dalam usaha menyebarkan dakwah, baginda telah ke Taif bersama anak angkat baginda Zaid bin Thabit bagi menyeru org Taif supaya beriman kepada Allah, tapi malangnya dakwah suci baginda telah di tolak mentah2 oleh penduduk Taif. Bahkan nabi dilempar dengan batu sehingga luka kaki baginda.
-Di sini dapat kita simpulkan bahawa kejayaan dakwah tidak bergantung kepada kepandaian seseorang,ttp bergantung kepada hidayah Allah. Kita semua tidaklah lebih pandai dr nabi, bukanlah ini bermakna hujah nabi tak mantap,pendekatan nabi tak betul,tetapi hidayah itu milik Allah,Dia berhak memberi hidayah kepada siapa yg Dia mahu.
-Tatkala keluar meninggalkan Taif, baginda berehat di sebatang pokok anggor di kebun milik Utbah bin Robi’ah, disitulah nabi telah berdoa,bermunajat mengadu kpd Allah. Utbah yg kasihan kepada nabi telah mengambil sedikit anggur dan menyuruh hambanya Addas menghantar kpd nabi.
-Ketika nabi nak mkn baginda membaca Bismillah,maka hairanlah Addas,Nabi bertanya kpd Addas tentang agamanya dan asalnya,maka Addas menjawab beliau beragama nasrani dan berasal dr Ninawa, Nabi berkata oh dr perkampungan lelaki soleh Yunus bin Matta.maka tercenganglah Addas lalu bertanya apakah yg kamu tahu ttg Yunus bin Matta? Maka nabi menjawab Dia adalah saudaraku, dia nabi dan aku pon nabi.
-Nabi menghadapi masalah untuk memasuki kota mekah kerana kafir Quraish sedaya upaya untuk menghalau baginda dr Mekkah,nabi berasa sgt sedih,dan tambah menyedihkan apabila nabi terpaksa meminta tolong seorang kafir untuk melindungi beliau ketika masuk ke kota suci Mekkah,nabi memasuk Mekkah dengan perlindungan Muti’m bin a’di.
Maqosid di sebalik peristiwa isra’ dan mikraj
-Isrok dan mikraj adalah hadiah dr Allah kepada nabi,utk nabi melihat hakikat alam dan supaya nabi tahu bahawa perjuangan ini bkn dimulakan oleh baginda,tetepi telah dimulakan oleh para nabi dan rasul yg terdahulu.
-Supaya nabi tahu bahawa keperitan dan penderitaan yg baginda rasai telah di tempuh oleh rasul2 yang terdahulu.
-Maqosid isra’ dan mikraj adalah untuk membangunkan jiwa seorang rasul,nilai isro’ dan mikraj adalah supaya nabi menggerakkan dakwah dgn lebih hebat lagi selepas peristiwa ini.
-Sekiranya Allah ingin memberi wahyu,Allah boleh utuskan Jibril as untuk menyampaikan wahyu tersebut,tetapi jemputan dr Allah adalah untuk menaikan jiwa seorang nabi supaya terus sabar dan tabah dalam menyampaikan dakwah.
Masodir wal maroji’
1.Ceramah Sohibus Samahah Dr Asri Zainal Abidin yg bertajuk Israk dan Mikraj
2.Ar-rohik al-makhtum oleh Mubarakfuri
Labels: usrah