~Rumpun Tamadun Melayu~

07 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 8)

Setelah puas berjalan² di madinah qodimah kami pon pulang ke asrama tempat kami menginap.Malam tu kami rase letih betul.Malam tu aku tido puas² sebab letih sangat berjalan kat madinah qodimah tu.

Keesokan paginye.Kami bertekat untuk pulang dengan menaiki bas pada pukul 8 pagi tetapi atas desakan abang Tono kami terpaksa beralah,kami pulang dengan menaiki bas pada pukul 11 pagi.Pagi tu kami di jamu dengan atai(teh) dan juga roti yang di hidang bersama minyak zaitun dan lavarge kiri(entah betul ke tak eje nye).

Kami keluar dari asrama lebih kurang pukul 10 pagi.Abang Tono mengiringi kami dari bilik penginapan hingga ke bawah untuk mendapatkan teksi.Dari asrama ke stesen CTM kami menaiki teksi shoghir dengan cas yg di kenakan sebanyak 5 dirham.

Sampai di stesen CTM kami terus melulu ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket pulang ke Tetouan.Selepas membeli tiket aku dan rakan² meletakkan bag kami di bilek menunggu.Si Rahmat keluar mencari bank untuk mencucuk duit,manakala Muhaimin pulak keluar untuk mencari sedikit makanan buat melapis perut dalam bas nnt.Aku tukang jaga beg kat situ.

Lebih kurang pukul 5 petang kami sampai di Tetouan.Alhamdulillah selamat perjalanan aku kali ni, tanpa ade sebarang masalah yg tak di ingini.

06 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 7)


Puas berjalan di madinah qodimah rupanya kami sudah hampir ke penghujung madinah.Kat sini ade satu kawasan lapang yg agak besar.Ade ramai org menjaja pelbagai jenis barangan,makanan,cenderamata dan lain².Selain tu ramai gak org yg dok melepak kat kawasan tempat duduk bertangga(cam studium gitu) sambil memerhati kepada skrin besar yg menayangkan perlawanan bolak sepak Piala Dunia(Portugal vs Belanda),tp skrin masih samar² kerana cahaya matahari masih memancarkan sisa² khidmatnya untuk hari tu.

Kalo diperhatikan kawasan lapang ni adalah penghujung madinah qodimah,yg mana tembok² kota menjadi batas antara madinah qodimah dengan madinah jadidah.Tembok² ni dah berusia ratusan tahun tp masih kukuh dan masih di jaga dengan baik.



Kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri tepi tembok.Apabila hampir waktu maghrib kami masuk semula ke dalam madinah qodimah,ustaz Madani mengajak kami merasa Harirah Fes,kami pon masuk kedalam salah sebuah kedai makan di situ,lalu ustaz Madani memesan harirah sebanyak 4 mangkuk.

Dalam keasyikan menghirup harirah,kami mendengar laungan azan.Kama segera menghabiskan harirah.Pastu kuar dr kedai tu terus cari masjid.Kami pon pergi ke masjid yg berhampiran dengan kedai tu.Dalam perjalanan ke masjid aku melihat org ramai masih sebok berjual beli tanpa mengendahkan waktu solat.

05 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 6)

Kami meneruskan lagi pengembaraan dengan melawat makam syeikh Tarikat Tijani.Ketika aku n kawan² mengintai² makam dari pintu, kami di sapa oleh sekumpulan lelaki tua yg sedang duduk² bersandar pada dinding masjid sambil tangan mereka di gerak² mengira tasbih.Mereka mempersilakan kami masuk.

Kami masuk dalam makam tu,rupanyer ramai lagi kat belah dalam tu yg dok beriktikaf,tp makam ni masih dalam pengislahan (pembaikan).Kami menghampiri makam tersebut,dan cuba untuk bergambar di situ akan tetapi kami di tegah oleh seorang pakcik yg dok kat situ.



Kami pon hanya tengok² je laa makam tu tanpa bergambar dlm makam.Aku pon nak kuar dari makan tu dengan melalui satu kawasan lapang dalam masjid tu,ape lagi aku tengok takde org sekitar aku,aku pon amik gambar la,senibina die cantik gak laa.Baru la puas hati aku,dapat gak amik gambar dalam masjid(makam) ni.

04 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 5)



Antara tempat yang sempat kami lawati adalah Jami' Qurowiyyin.Jami' Qurowiyyin ni antara universiti pertama di dunia,mengikut tarikh pembinaannya,ainya di bina lebih awal dari Jami' Azhar di Mesir.Jami' Qurowiyyin dibina sekitar tahun200 hijriyah(tarikh secara tepat lupe la nnt aku cek balik),manakala Jami' Azhar pula dibina pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah(Syiah) di Mesir, iaitu sekitar 300 hijriyah.



Selepas itu kami melawat plak Darih Maulay Idris ll .Pasai Maulay Idris ll ni aku tak tau sgt,tp kalo tak silap aku Maulay Idris ll ni dari kalangan ahli bait Rasulullah.Ramai org yg datang melawat makam Maulay Idris ll ni terutamanya pompuan.Kat depan pintu masuk ke makam ni ramai org jual lilin.Ada di antara pengunjung makam ni akan membeli dan menyalakan lilin di dalam makam Maulay Idris ll ni.

03 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 4)

Lepas selesai makan tengah hari, kami berehat sebentar di asrama(bilik abang Tono)lame gak la kami berehat sempat juga la aku melelapkan mata dalam setengah jam.

Petang tu lebih kurang pukul 3.30 petang kami dibawa oleh Ustaz Madani melawat Madinah Qodimah(bandar lama) Fés.Kami kesana dengan menaiki bas,tambang sebanyak 2 dirham 90 sentem seorang di kenakan untuk ke sana.Perjalan ke Madinah Qodimah agak jauh.



Di Madinah Qodimah suasana gak sesak dengan org ramai,kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan lama,mungkin berusia ratusan tahun.Kebanyakan bangunan di sini bercirikan seni bina andalus.Jalan² dan lorong² di sini agak sempit,disempitkan lagi dengan keldai yg mengusung barang².

Madinah Qodimah di Fes adalah antara bandar terawal yg di buka di Maghribi.Pada asalnya ianya adalah sebuah bandar yg kecil akan tetapi pertambahan penduduk menyebabkan bandar ini semakin membesar.kedudukan Madinah Qodimah adalah di celah² lembah antara bukit².Kesempitan kawasan Madinah Qodimah menyebabkan petempatan baru di buka untuk menampung bilangan penduduk yg semakin bertambah.

02 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 3)


Sampai je kat Jamiah Sidi Mohamad Ben Abdullah(jamiah tmpt Ustaz Madani buat PHD) kami dibawa ke kuliah Huquq dahulu Sambil menikmati pemandangan di sana.Kami memerhatikan gelagat para pelajar yg sebok mengulang kaji pelajaran,al maklumlah dorang masih dalam fatroh imtihanat.Untuk pengatahuan pembaca la reka bentuk Kuliah Huquq ni pelik sikit,tak macam kuliah lain,susah la aku nak terangkan,korang kene gi sedirik,tengok camner.


Then kami di bawak plak ke Kuliah Ulum.Kuliah ni best senyap jee,maklum laa org blajo sains ni sivik sket.Ustaz Madani kate kuliah ulum memang cam ni senyap jee.dorang tak ske main².kalo nak main² tak leh masuk kuliah ulum.


Last skali baru la kami dibawa ke kuliah Adab.Mule² aku masuk kuliah ni terkesimaa aku, mane tak nyer besar giler kuliah ni bangunan 4 tingkat besar bangat.aku terpikir kalo aku la kene kuliah kat tingkat 4 tu,maunyer kurus aku hehehe.kat kuliah ni bising skit plajar die banyak lepak² coz dorang dah abis pekse,tgh tunggu result jee.

Lepas abis melawat Kuliah Adab Jamiah Sidi Mohamad Ben Abdullah kami pon gi melapis perut kat gerai bawah pokok rendang yang berhampiran dengan Kuliah Huquq.Ustaz Madani plak gi mkn kat dewan makan asrama.Kami melapis perut dengan roti dan ikan goreng yg di cicah bersama lubia(sejibik cam kuah dal laa).

01 July 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman (siri 2)


Keesokan paginya kami telah di bawa melawat ke Kuliah² di Fés oleh ustaz madani.Antara kuliah yg saya lawati ialah Kuliah Adab di Sais,kuliah ni cantik sgt,bersih,pastu lanskap dia pon lawa.kuliah ni tenteram skit coz jauh dari penempatan org ramai.

Pastu aku n kawan² dibawa plak ke kuliah Syariah Jamiah Qurowiyyin.Kuliah Syariah ni tak jauh sgt dari Kuliah Adab Sais tapi kalo jalan kaki letih gak laa(ustaz madani bawak kami ke kuliah syariah berjalan kaki je).Dalam perjalanan ke kuliah syariah kami sempat bergambar di ladang rumput yg baru di potong rumputnyer.

Puas bergambar di Kuliah Syariah kami keluar menunggu bas untuk pulang ke Kuliah Sidi Mohamad Ben Abdullah.Dalam perjalan pulang menaiki bas saya melihat gelagat seorg kawan sayer yg tertidur keletihan dalam bas, sian die heheheh.