~Rumpun Tamadun Melayu~

10 January 2009

Sesuatu Untuk Ghazzah

Dengan nama Allah yang Mahapengasih lagi Mahamengasihani

Kata pepatah : tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima.



Berita mengenai keganasan Israel terhadap penduduk Ghazzah sudah menjadi sensasi,segala kekejaman dan kebuasan regim zionis sudah diketahui umum,jadi apa yang masih belom lagi?

Yang masih belom adalah tindakan kita,apakah tindakan yang wajar untuk kita lakukan? demonstrasi? boikot barangan Amareka dan Israel? ceramah kesengsaranan rakyat Palestine? menderma? menanam rasa benci terhadap Israel? pergi berjihad(insyaa Allah)? mengikuti perkembangan penduduk Ghazzah? doa? qunut nazilah? dan lain-lain.

Di sini suka saya ingatkan diri saya terutamanya dan rakan-rakan yang lain supaya apa sahaja sumbangan yang kita boleh hulurkan untuk membantu saudara-saudara kita di Ghazzah jangan di tangguh-tangguh.Siapa yang boleh menulis artikel(blog) mengenai kekejaman Israel dan kesengsaraan rakyat Palestine silakan terus menulis, siapa yang mampu berdoa teruskan berdoa,segala usaha yang boleh di hulurkan untuk membantu Ghazzah ushakan sedaya upaya.

Semoga Allah Membantu saudara Kita di Ghazzah. amin

p/s:kempen bergelap untuk Ghazzah juga boleh di teruskan

Labels: