~Rumpun Tamadun Melayu~

28 June 2006

Jauh Perjalanan,Indah Pemandangan,Luas Pengalaman

Al-Kisah,pada hari ahad yang lalu (25 Jun 2006)aku,Rahmad dan Muhaimin telah mengadakan expidisi ke Fés.Tujuan utama kami ke Fés adalah untuk ziarah jamiah(universiti) di sana,dan juga untuk bertanyakan tentang cara² untuk berpindah dari universiti kami ke universiti di Fés.

Kami bertolak dari Tetouan dengan menaiki bas CTM pada pukul 11.30 pagi.Perjalanan ke Fés mengambil masa lebih kurang 6 jam.Dalam perjalanan menuju Fés saya dapat saksikan pemandangan yg indah,antaranynya di Chechaounene,sebuah bandar kecil di pergunungan.Dalam perjalanan juga saya tertarik dengan sebuah tasik yg airnya membiru,sungguh mendamaikan.

Setibanya kami di Fés,kedatangan kami disambut ceria oleh Abang Tono,pelajar Indonesia tahun akhir di Fés.Kami telah dibawa ke asrama tempat dia menginap untuk bertemu dengan Ustaz Madani pelajar phd dari Thailand.Setiba di asrama ketibaan kami disambut oleh Ustaz Madani dan pelajar² arab di bilik ustaz madani.









Setelah selesai solat zohor dan asar secara jama' kami dibawa oleh ustaz madani berjalan ke bandar baru Fés.Suasana agak sebok kerana orang ramai berpusu² keluar untuk menyaksikan pelawanan bola sepak piala duniaSuasana bandar Fés mengamit perasaan saya.Fés sememangnya sebuah bandar yg cantik.

Setelah penat berjalan² di bandar baru Fés kami pulang ke asrama,kami diminta oleh ustaz madani untuk menginapdi asrama pada malam itu.Pada malam itu kami telah dijamu dengan tojin ayam yg dimasak oleh seorang pelajar asrama.suasana begitu ceria sekali dengan gelak tawa sesama kami.

27 June 2006

Aku perlukan rehat....

Hi kawan² semua...
Minta maap dah lame tak posting.Aku baru balik dari perjalanan jauh ni.Tentu ramai yg tertanyer² ke mana aku menghilangkan diri.erm nnt la aku citer tentang perjalanan yg bersejarah buat aku.

Ok la aku nak rehat dulu nnt aku akan ceritakan pengalaman aku ketika pengembaraan aku di Fés.Selamat malam......

23 June 2006

Letihnyer

Warghhh.......
Letihnyer......
Aku masak ari ni,tp lambat siap masak.
Coz aku bangun lambat ari ni,bangun jerk terus aku gi pasar.
Pasar dah la jauh,aku kene jalan kaki plak tuu.Letih gilerr aku.
Sampai pasar aku teros gi kedai ayam,aku beli ayam seberat 2 kilo 250 gram yang berharga 33.50 Dirham.Pastu aku gi beli telor 10 bijik,salat seikat,serbuk cili barang sedirham,zubdah 5 dirham ngan zabib 5 dirham.

Mase kat pasar tadi aku terserempak ngan sorang makcik tu yg merupakan jiran aku.Die tanyer dah dapat result pekse kee?dah najah kee?aku pon cakap blom lagi,pastu die pon doa² kan aku berjaya di permudahkan segala urusan n macam² lagi arr,aku pon amin kan je laa.Ni laa antara sikap org arab die suke doakan kita.Sikap cam ni tak de(kurang) dalam masyarakat kita.Jadi kita la kena lazimkan sikap seperti ini dlm masyarakat kita.

Pastu aku terus balik umah.Dalam perjalanan tu aku terdengar laungan azan(bukan azan waktu solat,azan mengajak org gi masjid),alamak! aku pon bergegas pulang.Ari ni jumaat, kalo lambat masjid penuh.Sampai umah aku terus capai tuala biru aku tu, terus masuk blik air mandi sunat Jumaat.

Siap mandi aku sauk jubah aku yang coklat tu sarung kain pelikat,colek minyak atar kawan aku secolek dua pastu tros gi masjid.Sampai masjid aku tengok blah bawah dah penuh,aku terus naik tingkat atas,kat atas masih lengang,aku pon mengambil tempat di salah satu sudut masjid.

Balik dari masjid aku tukar baju,pastu terus masuk dapor, ape lagi masak laa.Mule² aku masak nasik dulu,pastu baru arr aku masak lauk.Aku masak biase² jee, aku wat gulai ayam masak kurma.Tak la teruk sangat rase nyer,bleh laa di kira sebagai masakan,heheheh.

Lepas siap masak ngan makan aku tros meluru ke komputer. Ape lagi aku berblog laa.Ok la sampai sini je laa.aku nak solat asar lak.

21 June 2006

Jaguh Kampung



Ish.... sejuk nyer air laut ni!!
hahahah arini aku meraikan last paper yg baru aku amik pagi tadi dengan mandi laut.
Sepanjang 8 bulan aku duduk kat Martil ni baru arini la aku mandi laut,padahal pantai ngan umah bkan jauh pon dekat sangat,tp baru ari ni la aku teringin nak mandi laut.Perghh sejuk siot, tp aku redah gak laut tu, tak kira aku kene mandi gak.Kawan² aku yg lain tak rase sejuk cam aku rase coz dorang baru lepas main bola.


erm.... gamba yang aku tayang kat korang ni ade lah sebahagian pemandangan pantai Martil, mase ni dah nak senja.Pantai kat Martil ni cantik la gak, kalo tak cantik tak kan org nak datang berduyun-duyun.

oi jaguh kampong!!!! hahaha kawan² aku melolong² coz aku tengah tunjuk aksi berenang aku ala² jaguh kampung gitu.Aku leh berenang sejak kecik lagi,biase la org kampung,kalo dalam sehari tu tak terjun sungai memang tak sah.

Tok aku sokmo marah aku mandi sungai.Dia kate ade ular sawe laa,buaya laa,cam² laa.Tapi aku tetap degil ikut kengkawan aku gi mandi sungai.Mase mule² aku pakai pelampung dulu.Aku ngan kawan aku kutip pelampung tayar bas kat bengkel bas Mara.

Ade satu pengalaman pahit aku mase mandi sungai.Mase tu air besar, baru lepas ujan,kat kampung aku kalo lepas ujan JBA akan stop operasi.Jadi aku pon gi la sungai nak mandi, org kampung aku panggil sungai tu sungai Pekan.Sungai tu adalah sungai utama kat kampung aku.

Nak di jadikan cerita, aku terjun dalam sungai tu, tiba² aku rase cam aku di bawa arus.perghhh cuak aku di buatnya,aku cube nak jejak dasar sungai tapi tak terjejak, air dalam sangat.Aku cube berenang gak tapi aku terus di bawa arus,kawan aku kat tebing tempat aku terjun dah pucat dah.Aku terus berenang dah dekat ngan tebing yang sebelah sana, tapi aku terus di hanyutkan oleh arus sungai yang deras.

Allah masih sayangkan aku,aku terpaut satu akar pokok,hushhhh selamat dapat gak aku sampai ke tebing.Terima kasih Tuhan,Kau telah selamatkan aku.Kau memanjangkan hayat aku.Syukur tak terhingga untuk Mu Tuhan.

Satu lagi masalah aku mase tu,cam ner aku nak balik ketebing tempat aku tirup tadi???Terlintas di benak aku, aku pon jalan sikit ke arah hulu sungai,bile dah jauh sket aku terjun balik dalam sungai tu, aku berenang sambil di hanyutkan oleh arus sungai yang deras. mase ni aku tak cuak dah, coz aku dah tau teknik nak sampai ke tebing asal aku tadi dengan slamat.

Oppss... ok laa sampai di sini je la citer aku yang tah ape².Pesan dari aku untuk kengkawan berhati² le kalo korang nak mandi sungai ke laut kee.Jangan sampai tragedi yang menimpa aku berulang kat korang.




HORAY HORAY

Pergh.......lame giler aku nanti²kan saat ini, Hari ni aku telah tamatkan paper terakhir aku untuk final exam kali ni.Aku rase cam dah hilang segala beban yang aku tanggung selame ni,lepas ni bleh laa aku nak relaks² sket.,tapi bkan bleh rilek terus kene buat sedikit persedian, takut² kalo² kene istidrok nanti.Kalo aku tak bersedian langsung nanti ape plak yang aku nak jawab mase istidrok tu nanti.Ape² pon aku kene bersadia lebih awal,kawan² tolong ingatkan aku untuk study,jgn bior aku leka jee,ok?

19 June 2006

One More

Ni ade lah kali pertama koi berblog, koi pon tak tau ape nak cakap.Koi tinggal lagi satu paper untuk final exam kali ni.Doakanlah kejayan koi dan kite bersama.Tapi yang koi harapkan sangat² dalam mase terdekat ni adelah tunjuk ajar dari org² yang pro tentang blog ni,tertutamanye senior² koi.Segala cadangan,comment dan teguran yang membina adalah sangat koi harab²kan.Sekian Terima Kasih