Adakah Islam Tidak Toleransi Terhadap Agama Lain? (Jawapan kepada mereka yang menyeru dihancurkan gereja)
Dengan nama Allah yang Mahapengasih lagi Mahamengasihani
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam beragama, Surah Al-Baqarah 256
Islam adalah agama yang terbuka dalam masalah beragama, Islam memberi hak kepada setiap insan untuk memilih agama yang mereka suka,dakwaan bahawa Islam tidak toleransi terhadap agama lain adalah tidak benar sama sekali,malahan bertentangan dengan konsep yang telah ditetapkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran.
Kebebasan memilih agama tidaklah bermakna murtad adalah dibolehkan dalam Islam. Hukum murtad dalam Islam adalah untuk mengelakan agama ini dari menjadi permain dan olok-olokan golongan munafiq dan golongan kafir. Setiap orang boleh mimilih mana-mana agama yang dia kehendaki,akan tetapi apabila mereka memilih Islam mereka tidak boleh keluar dari Islam,kerana mereka telah di beri pilihan dan mereka memilih dengan keyakinan, siapa yang telah yakin maka tidak boleh ragu-ragu sesudahnya.
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Maksudnya : Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak (kezaliman) sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah.Pasti Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa. Surah Al-Hajj ayat 40
Pemahaman dari ayat:-
Allah swt menegaskan dalam ayat ini bahawa Dia membangkitkan satu golongan manusia yang menetang kezaliman,Jika Allah tidak membangkitkan mereka nescaya golongan yang zalim akan merobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah.
Jadi boleh difahami di sini bahawa merobohkan tempat-tempat ibadat adalah tindakan yang zalim,dan tujuan Allah membangkitkan kita umat Islam adalah utuk menentang kezaliman supaya tidak dirobohkan tempat-tempat ibadah yang banyak disebut padanya nama Allah.
Perlu kita ingat disini bahawa islam telah menggariskan etika dalam peperangan,antaranya tidak membunuh wanita,kanak-kanak,orang tua,rahib-rahib dan juga tidak menebang pokok serta memusnahkan rumah ibadat. Jika di dalam peperangan kita dilarang dari merobohkan rumah ibadat apatah lagi dalam keadaan aman,dalam masyarakat Islam yang di dalamnya ada Ahli Zimmah,tentu sekali di larang.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تعملون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Maidah 8
Pemahaman dari ayat:-
Allah swt menyuruh kita berlaku adil terhadap siapa sahaja(sesama muslim dan bukan muslim) Allah juga melarang kita dari berlaku tidak adil atas doroang kebencian kita terhadap sesuatu kaum.Janganlah kebencian kita terhadap kekafiran menyebabkan kita berlaku zalim terhadap orang kafir. Sememangnya kita di suruh membenci kekafiran,tetapi bukan membenci orang kafir,boleh jadi mereka kafir di waktu pagi akan tetapi beriman di waktu petang, seperti kisah ahli sihir-ahli sihir firaun yang dirakamkan oleh Al-Quran dalam surah Taha ayat 65 hingga 73.
Kekafiran adalah musuh kita,akan tetapi orang kafir adalah mad‘u (مدعو ) orang yang kita seru kepada keimanan. Jika mereka tahu akan hakikat kebenaran dan kesesatan mereka juga pasti tidak mahu mengikuti jalan yang sesat, kerana mengikuti jalan yang benar adalah fitrah bagi manusia.
Memusnahkan dan merobohkan gereja dan rumah ibadat agama lain adalah satu kezaliman,bahkan dengan tindakan ini akan menimbulkan fitnah terhadap Islam dan akan merosakkan nama baik Islam,seterusnya menambah permusuhan bukan Islam terhadap orang Islam dan agama Islam, merosakkan prestasi para pendakwah serta menjauhkan lagi mereka dari Dakwah Islamiah.
Menzalimi ahli zimmah adalah perbuatan berdosa dalam Islam,Nabi saw memerintahkan kita menjaga hak ahli zimmah,melindungi nyawa mereka dan harta mereka, sabda Nabi saw :
من آذى ذميا فأنا خصمه يوم القيمة ـ الخطيب في تاريخه { 8/ 370 } عن ابن مسعود بإسناد حسن
Maksudnya : siapa yang menyakiti seorang zimmi maka aku adalah musuhnya pada hari Qiamat.
Jelas di sini menunjukkan kepada kita akan larangan menyakiti ahli zimmah dan mezalimi mereka hinggakan Nabi menjadi seteru kepada mereka.
Sejarah Tamadun Islam membuktikan kepada kita bahawa Islam dan Ummatnya tidak pernah menzalimi Ahli Zimmah yang menetap di wilayah-wilayah Islam,bahkan menjamin keselamatan mereka dan tidak memusnahkan tempat ibadat mereka.Antara contoh yang boleh kita ambil sejarah pembukaan Al-Quds di zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Bin Khattab,dalam peristiwa pembukaan kota tersebut gereja-gereja tidak di musnahkan bahkan Khalifah pergi melawat salah sebuah gereja di sana dan bertemu dengan rahibnya,sehingga kini(jika tidak salah maklumat penulis) gereja-gereja itu masih wujud di kota Al-Quds dan terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.
Antara contoh lain dalam pembukaan Constantinople (yang di takluk dengan perperangan) Khalifah ketika itu Sultan Mehmet Al-Fatih tidak memusnahkan gereja-gereja yang ada didalam kota tersebut bahkan menjadikan Aya Sofya(salah sebuah gereja terbesar di Constantinople) sebagai Masjid !!!
Di sini saya menyeru kepada mereka yang meniup api fitnah supaya di robohkan gereja di negeri-negeri yang di kuasai oleh umat Islam,agar menghentikan seruan mereka,kerana apa yang mereka serukan adalah batil, dan amat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam,dan saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan fahaman Salafussoleh.Wallahu a’lam
Sumber dan rujukan:
*Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq
*Minhajjul Muslim oleh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi
Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk menolak hujjah golongan yang mahu merobohkan gereja di dalam negeri Umat Islam.Golongan ini kononnya menyeru kepada kebenaran akan tetapi sebenarnya mereka menyeru kepada kesesatan dan kebatilan,berhati-hatilah dengan golongan seperti ni.
Labels: Islam agama rahmat